Dalam copy trade, keputusan paling penting ialah siapa yang anda copy. Selepas itu, hampir semuanya automatik. Gunakan senarai semak ini sebelum tekan butang Copy.
1. Tempoh rekod prestasi
Strategi yang baru sebulan belum diuji oleh keadaan pasaran yang berbeza. Cari rekod sekurang-kurangnya beberapa bulan, dan lebih baik kalau ia pernah melalui minggu berita besar seperti keputusan kadar faedah Fed atau data NFP.
2. Drawdown maksimum
Lihat penurunan paling dalam yang pernah berlaku, bukan hanya pulangan. Tanya diri sendiri: kalau akaun saya turun sebanyak itu, adakah saya masih tenang? Kalau jawapannya tidak, strategi itu terlalu berisiko untuk anda.
3. Pulangan yang masuk akal
Pulangan yang terlalu tinggi dalam masa singkat biasanya datang dengan risiko yang sama tinggi. Lebih baik pertumbuhan yang konsisten berbanding lonjakan besar diikuti kejatuhan.
4. Faham jenis strategi
Adakah ia scalping, swing, grid atau averaging? Setiap jenis ada cara rugi yang berbeza. Strategi grid dan averaging, contohnya, menang kerap tapi boleh rugi besar dalam pergerakan kuat sehala. Baca risiko copy trade untuk penerangan lanjut.
5. Aset yang ditrade
Strategi yang fokus pada satu aset, seperti emas (XAUUSD), lebih mudah difahami dan dipantau. Kalau anda copy beberapa strategi, pastikan mereka tak semua trade aset yang sama ke arah yang sama.
6. Profit sharing dan kitaran settlement
Semak peratus profit sharing dan bila ia dikira. Peratus lebih tinggi tak semestinya buruk kalau prestasi bersih selepas caj masih baik, tapi anda perlu tahu angkanya dari awal.
7. Modal minimum dan disyorkan
Provider yang serius biasanya beri modal minimum dan modal disyorkan, serta tetapan copy yang jelas (mod copy, stop loss, lot round-up). Ini tanda mereka faham bagaimana strategi berkelakuan dalam akaun yang berbeza saiz.
8. Komunikasi dan ketelusan
Adakah provider berkongsi update, menjelaskan bila strategi berhenti (contohnya masa berita besar), dan menjawab soalan? Komuniti yang aktif dan jujur tentang minggu yang rugi ialah tanda yang baik.
Tanda bahaya
- Janji pulangan tetap atau "dijamin".
- Minta duit dihantar ke luar platform broker.
- Rekod prestasi hanya dalam bentuk screenshot, tiada dalam platform.
- Tekanan untuk join cepat atau tambah modal.
Contoh: semak strategi di Vantage
Di app Vantage, setiap strategi copy trading ada profil sendiri di bahagian Discover dan Community. Profil itu menunjukkan pulangan, risiko, bilangan copier dan profit sharing. Untuk langkah penuh, baca cara copy trade di Vantage.
Senarai semak ringkas
| Perkara | Tanda baik | Tanda perlu berhati-hati |
|---|---|---|
| Rekod | Beberapa bulan, termasuk minggu berita besar | Beberapa minggu sahaja |
| Drawdown | Dinyatakan dan anda selesa dengannya | Tidak dinyatakan atau sangat dalam |
| Pulangan | Konsisten dan munasabah | Lonjakan besar dalam masa singkat |
| Strategi | Dijelaskan, termasuk cara ia rugi | "Rahsia" atau tiada penerangan |
| Dana | Kekal dalam akaun anda di broker | Diminta hantar ke luar broker |
Soalan lazim
Berapa lama rekod yang cukup?
Tiada angka ajaib, tetapi rekod yang merangkumi beberapa bulan dan pelbagai keadaan pasaran memberi gambaran yang lebih baik berbanding beberapa minggu.
Bilangan copier yang ramai tanda strategi bagus?
Tidak semestinya. Ramai copier menunjukkan populariti, bukan risiko. Semak drawdown dan cara strategi berfungsi.
Patut copy lebih dari satu provider?
Boleh, untuk mengurangkan pergantungan pada satu strategi. Pastikan jumlah modal dan risiko keseluruhan masih dalam had anda.